..........SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA..........

Lata Lembik "Konvoi"

by Mohamad Azuan Bin Abdul Ghani on Nov.22, 2009, under



Assalamualikum W.B.T dan salam 1 Malaysia. Apa khabar korang semua, diharapkan sihat hendaknya. Terima kasih kerana masih sudi membaca Blog ini. Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit kisah konvoi saya bersama kawan-kawan di "Lata Lembik" atau lebih di kenali dengan nama "LATA". Nak kata tempat ni cantik, tidak la jugak sebab tempat ini dah lama orang tinggalkan dan sudah lama tidak di usahakan. Tapi tempat ini merupakan tempat rekrasi yang paling terkenal suatu masa dahulu, dengan kemudahannya, tempatnya dan sebagainya.

Tempat ini juga merupakan tempat yang paling dekat dengan Kampung Saya iaitu tidak lain dan tidak bukan Felda Tersang. Dah namanya dekat, so lagi senang untuk kita buat konvoi bersama rakan-rakan. Seronok jugak buat konvoi simple ni, janji kita dapat rapatkan hubungan diantara rakan-rakan kita samada rakan sekolah menengah, rendah, tabika ataupun sewaktu dengannya ^_^ hehehe.

Lata lembik ni tidak la jauh sangat dari Felda Tersang, perjalanan biasanya mengambil masa dalam 30 - 40 minit sahaja. Disana kami buat macam-macam program sendiri termasuk la mandi sungai, BBQ dan sebagainya. Memang seronok kalau dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuanagn kita dahulu.
0 comments more...

Konvoi Balik Raya

by Mohamad Azuan Bin Abdul Ghani on Nov.22, 2009, under

Al kisah diceritakan pada tahun lepas 2009. "Hari Raya Aidilfitri", perayaan yang dinanti-nantikan bagi kaum islam, dimana hari yang penuh bermakna bagi kaum islam setelah berjuang selama 30hari berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjaga adab dan tatasusila, mengerjakan perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya. Tapi terdetik hati kecil ini, kenapa waktu bulan ramadhan sahaja yang mereka jaga, kenapa tidak hari-hari atau bulan-bulan lain!! Apatah lagi kepada manusia-manusia yang alpa, yang tidak mengerjakan puasa, fikir-fikir lah sendiri.

Ok kita tinggalkan peringatan untuk diri kita sebentar, kita teruskan kepada konvoi Hari Raya kita. "Hari Raya", bila ungkapan ini terlintas di fikiran kita, yang pasti kita ingat adalah kampung halaman. Memang menyeronokkan bila teringatkan kampung halaman, dengan suasana yang bebas dari hiruk pikuk bandar, menenangkan jiwa, mententeramkan fikiran, memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pada sesiapa yang balik kampung sahaja yang tahu perasaan itu. (*kecuali bagi kampung meraka yang juga terletak di bandar, itu saya tidak tahu bagaimana perasaan mereka, kalau nak tahu tanya mereka sendiri ^_^)


Konvoi Balik Raya kali ini tidak ramai, kerana destinasi ini hanya menuju ke Pahang dan ke Kelantan sahaja. Hanya 4 buah moto dan 4 orang ahli sahaja yang mengikuti Konvoi Balik Kampung. Tidak banyak yang boleh saya ceritakan, sebab dah biasa balik kampung kan hehehe, cuma kali ini perasaan je yang berbeza. Dalam perjalanan balik kampung, sempat jugak la kami mengambil gambil untuk di buat kenangan ^_^

0 comments more...

Konvoi Jamuan

by Mohamad Azuan Bin Abdul Ghani on Nov.22, 2009, under


Pada 1 Januari 2010, iaitu pada awal tahun ini bermula la tarikh keramat bagi hidup kami, apa tidaknya pertukaran usia dari 23 ke 24 tahun. Wah... tidak ku sangka pejam celik je dah umur 24 tahun. Hari ini 7 Januari 2010, kami ada aktiviti jamuan makan di salah sebuah rumah rakan kami. Ini kira nak sambut hari jadi la ni.
Sambutan hari jadi itu dibuat di rumah keluarga beliau, yang terletak nun jauh di nogori Sombilan N9 ^_^ area nilai. So kitorang ni dengan hati yang terbuka dan ikhlas datang beramai-ramai ke rumah beliau bagi memeriahkan lagi jamuan makan-makan tersebut (datang mengabiskan makanan hehehehe).

Dengan bermodal kan EX5 aku, kami beramai-ramai berkonvoi la ke N9. Konvoi kali ini, kami seramai 13 orang terlibat, dengan moto mereka sendiri, ada yang bawak LC135, Lagenda, Wave pun ada ada, tapi yang paling hebat moto aku la, EX5 turbo haha...
Dalam perjalanan kami ke N9 sempat la kami berhenti di tepi lebuh raya dan perhentian tol, bagi membuat apa-apa yang patut. Dalam pada itu sempat la jugak tangan-tangan ini mengambil gambar untuk membuat gambar kenangan.























Dalam masa x sampai satu jam kami dah sampai ke tempat yang di tujui. Dengan aroma masakan yang dihidangkan menusuk ke rongga hidung ini, membuat kan perut-perut kami semua menjadi lapar. Di tambah pula dengan kek coklat berkacang, memang membuatkan diri ini menjadi bertambah lapar ^_^ hehehe. Sampai di sini je rasanya cerita ini, sebab nak makan pulak daa..
0 comments more...

Melancong ke Cameron Highland bersama rakan-rakan

by Mohamad Azuan Bin Abdul Ghani on Nov.22, 2009, under


Cameron Highland, bila kita sebut je nama tempat ini terbayang kesejukannya, kedamaianya, keindahannya yang begitu mempersonakan. Cerita ini kalau tidak silap saya pada tahun 2003 dahulu, ketika itu saya masih di tingkatan 5 Perdana (teringat zaman-zaman sekolah menengah dulu, Mmmm rindu rasanya). Ketika itu pihak sekolah ada menganjurkan lawatan ke Cameron Highland selama 3hari 2malam.
Seingat saya waktu itu hampir satu kelas mengikuti rombongan ke Cameron Highland, ye la baru nak pergi ke tempat yang sejuk hehehe, semangat je rasanya waktu itu bila diingatkan kembali. Biasanya zaman kanak-kanak semua tempat yang tidak pernah pergi semuanya rasa best ^_^.

Selama kami berada di sana berbagai-bagai tempat yang menarik yang sempat kami lawati misalnya, kebun strawberi, kebun teh cameron, rumah tempat membuat ros, pasar cameron dan macam-macam lagi.


Waktu ini kami masih tak ada lagi camera untuk mengambil gambar buat kenangan, biasa la zaman dah berubah dulu terasa kanak-kanak hidup susah bukan seperti zaman sekarang sekolah rendah pun sudah pakai h/fon yang ada camera.
Apa-apa pun disini saya letakkan jugak gambar-gambar Cameron Highland bagi menampakkan gambaran itu ^_^
0 comments more...

Berkonvoi ke Teluk Cempedak (TC) Pahang DM

by Mohamad Azuan Bin Abdul Ghani on Nov.22, 2009, under

Pada tanggal 23hb Oktober 2009 aku bersama rakan-rakan EX5 memulakan perjalanan ke TC. Wajah gembira kelihatan terpancar di wajah kami semua, apa tidaknya kerana plan ini sudah lama kami buat, cuma hari ini rezeki menyebelahi kami.

Alhamdullilah cuaca baik menampakkan keizinan yang Maha Esa terhadap program kami ini. Dimulakan dengan membaca doa oleh seorang rakan konvoi kami sebelum memulakan perjalanan.

Apabila semua peralatan dan keselamatan sudah di periksa, kami memulakan langkah kaki kanan kami menuju ke TC yang terletak di kuantan pahang.

Memang indah pemandangan di setiap sudut kiri dan kanan jalan, memang terlalu agung ciptaan yang Maha Esa, terdetik di hati kami memikirkan betapa kerdilnya kami di muka bumi ALLAH S.W.T ini. Namun begitu masih banyak tangan-tangan manusia yang tidak sedar siapa diri mereka dan untuk apa mereka dijadikan. Namun begitu tangan-tangan ini lah yang merosakkan bumi ciptaan yang Maha Esa ini.

Kami meneruskan lagi langkah menuju tujuan atau destinasi konvoi kami. Alhamdulillah dalam 3jam 45minit akhirnya sampai jua kami di tempat yang ditujui, tidak banyak halangan atau masalah yang kami perlu harungi semasa dalam perjalanan kami ke TC ini. Alhamdulillah kami memanjatkan rasa syukur kami kepada ALLAH S.W.T di atas memudahkan urusan kami di dalam sepanjang perjalanan kami berkonvoi.

Gambar-gambar Teluk Cempak kami rakamkan untuk menjadi ingatan dan kenanagan di dalam hidup kami. Cantik dan indah yang dapat kami gambarkan apabila melangkah ke TC Kuantan ini. Memang tidak rugi menghabiskan masa dalam lingkunagn 3jam lebih di dalam perjalanan. Semuanya rasa berbaloi. ^_^

0 comments more...